Sunday, March 18, 2012

Pengertian Pantun.

Pengenalan.
Puisi Melayu sebagaimana yang telah diketahui, adalah merujuk kapada karangan berangkap. Pantun adalah merupakan  satu cabang di dalam kelompok puisi Melayu asli. Seterusnya, pantun ini boleh digolong dalam kelompok puisi jenis terikat karana mempunyia rangkap, jumlah baris tertentu, jumlah perkataan, suku kata, dan juga rima yang tertentu dalam baris.

Pengertian Pantun.  
Harun Mat Piah telah mendefinisikan pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran. Di dalam aspek  dalaman meliputi unsur estetiknya dan isi. Bagi sudut luarannya pula dapat dilihat pada aspek strukturnya.

Jenis.
Zainal Abidin Bakar telah membahagikan pantun kepada tiga jenis iaitu sudut khalayak, sudut bentuk dan sudut tema.

I ) Sudut Khalayak.
            Penutur dan pendengar pantun dikategori pula kepada tiga bahagian iaitu kepada kanak-kanak, dewasa dan orang tua.

II) Sudut Bentuk.
Ia dapat dilihat daripada jumlah baris dalam setiap rangkapnya. Zainal Abidin Bakar telah membahagikan kepada empat kumpulan. Iaitu pantun pantun dua baris, pantun empat baris, dan pantun yang lebih dari empat baris serta pantun berkait.

III) Sudut Tema.
            Pantun boleh diklafikasikan kepada sebelas tema menurut zainal Abidin Bakar .
1)      Pantun adat dan resam manusia.
2)      Pantun agama dan kepercayaan.
3)      Pantun budi
4)      Pantun jenaka dan permainan.
5)      Pantun teka-teki.
6)      Pantun kepahlawanan.
7)      Pantun nasihat dan pendidikan.
8)      Pantun peribahasa dan perbilangan.
9)      Pantun kias dan ibarat.
10)  Pantun kembara dan perantauan.
11)  Pantun percintaan.

Fungsi.
Pantun dalam masyarakat Melayu mempunyai peranannya seperti :
    1. Alat untuk mendapat gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan,  dan cita-cita.
    2. Alat untuk menguji ketajaman minda dan kehalusan perasaan. Sebagai contoh pantun teka-teki, pantun peribahasa dan lain-lain.
    3. Diperguna juga dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istihadat.
    4. Digunakan untuk pendidikan sama ada untum menyindir, kiasan atau berterus terang.
    5. Alat untuk hiburan dan bahan untuk jenaka seperti pantun jenaka, pantun permainan dan lain-lain.
    6. Alat untuk berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati. Sebagai contoh sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam majlis upacara atau majlis rasmi.

Jenis-jenis Pantun
Pantun dua kerat:
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.

Baik-baik bertanam ubi,
Baik-baik menabur budi.

Yang kurik kundi,yang merah saga,
Yang baik budi,yang indah bahasa.

Pantun empat kerat:
i) Pantun anak-anak:

Berangan besar di dalam padi,
Rumpun buluh dibuat pagar,
Jangan syak di dalam hati,
Maklum pantun saya belajar.

Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana,
Alang besarnya hati awak,
Mandapat baju dengan celana.

Sayang pisang tiada berjantung,
Bunga keluar dari kelopak,
Penat sangat ibu mendukung,
Adik tak juga mahu gelak.

ii) Pantun orang muda:

Suji-suji daun delima,
Disuji anak Sultan Bentan,
Kalau sudi minta terima,
Diharap tuan jangan lupakan.

Dari mana hendak ke mana,
Dari Jepang ke bandar Cina,
Kalau tuan sudi bertanya,
Bunga yang kembang siapa punya.

Selasih dekat batang delima,
Mentimun dendang masaknya merah,
Kasih pun lekat bersama-sama,
Laksana daging dengan darah.

iii) Pantun orang tua:

Berburu ke padang datar,
Mendapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Anak ayam turun sembilan,
Mati satu tinggal delapan,
Suatu jangan ketinggalan,
Iaitulah boleh jadi harapan.

Buah ganja makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Barang kerja hendaklah pikir,
Supaya tidak mendapat malu.

Pantun enam kerat:

Padi bukit padi huma,
Taruh mari di dalam peti,
Dibawa orang ke Tanjung Jati,
Budimu tuan saya terima,
Sudah siletak di dalam hati,
Terpahat kukuh ke dalam hati.

Hilang kaca, berganti intan,
Hilang sampan, mendapat jong,
Titi patah, diganti jambatan,
Pondok runtuh, diganti mahligai,
Menunggu pelanduk, rusa yang datang,
Hilang seringgit, terjumpa seratus.

Buah lada lebat di pangkal,
Gugur daun dengan buahnya,
Dibawa dagang pergi seberang,
Sungguh ringgit penuh sekapal,
Budi tiada apa gunanya,
Nama pun tidak disebut orang.

Pantun lapan kerat:
Anak buaya di Citarum,
Hilir Kuala batu haji,
Singgah ke Pulau Siantokan,
Seru-berseru suara tabib,
Sungguh berkehendak kami belum,
Tapi terniat  dalam hati,
Segan sedikit mengatakan,
Pikirkan baik di dalam raib.

Rumpum rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungkai,
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang yang usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksub rasa takkan sama.

Daun selasih daun keladi,
Keladi di tanam di tepi tanjung,
Tanjung bernama Tanjung Karang,
Tempat orang mengail sepat,
Hati kasih kerana budi,
Budi baik rasa nak junjung,
Sampai bila dikenang orang,
Kenangan sampai ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment